Friday, February 17, 2006

NASIHAT-SUAMI

Saudara/Saudari;

NASIHAT-SUAMI adalah suatu pengistiharan resmi dari suami kepada isteri. Ia jadi keizinan khas suami berkait KEPUTUSAN yang telah dibuat dalam MAJLIS RUMAHTANGGA(perbincangan suami-isteri). Dengan NASIHAT-SUAMI, isteri dapat berfungsi menurut 'peraturan' atau prosidur terdahulu.

Isteri berfungsi sebagai PENOLONG-SUAMI didalam INSTITUSI RUMAHTANGGA. Dengan fungsi khusus, isteri bolih bertindak sewenangnya menurut 'peraturan/prosidur' yang telah diizin suami.

Ini amat perlu karena suami sentiasa pergi/balik dan kemungkinan sukar ditemui atau payah sangat hendak dihubungi. Sepanjang ketiadaan suami di rumah, isteri bolih terus bertindak. Misalnya, isteri dilawati sanak-saudara sebagai tetamu. Apabila dilawati ketika suami tiada di rumah, isteri bolih membenarkan mereka itu masuk ke rumah.

NASIHAT-SUAMI juga digunakan atau dijadikan tindakan paling utama keatas ISTERI NUSYUZ. Isteri nusyuz ialah isteri yang tidak melayan suami atau isteri yang tidak mematuhi peraturan RUMAHTANGGA yang telah termaktub pada undang-undang syariah dan dizin suami demi melaksana PERINTAH ALLAHswt didalam institusi rumahtangga.

Lazimnya, apabila suami bercadang perkara tertentu, suatu perbincangan yang disertai isteri diadakan. Ketika perbincangan, isteri pasti bercakap untuk memberi pendapat/pandangan berkait perkara yang telah dicadang suami. Isteri mungkin tidak bersetuju pada penerangan yang disampaikan suami lalu isteri merujuk kepada suasana atau maklumat yang telah didengar dari pehak terpilih atau isteri menyatakan suatu saranan menurut fikiran sendiri.

Selepas suami dengar penerangan isteri, suami setuju. Apabila suami setuju terhadap penerangan isteri, suami mencadangkan 'peraturan/prosidur' berkait perkara yang telah selesai dibincangkan suatu keputusan resmi. Sekiranya isteri setuju keputusan yang dibuat suami, maka semua peraturan/prosidur bagi mengurus/menjalan perkara dibenarkan setelah NASIHAT-SUAMI disebut suami.

Ertinya, NASIHAT-SUAMI mengandungi 'keputusan' yang telah disetujui bersama dan jadi MUAFAKAT yang mesti dirujuk dan dipatuhi dengan aktiviti/pekerjaan. Olih itu, perkara jadi soheh dan resmi. Isteri tidaklah ragu atau risau karena ia melibatkan jadual dan budget didalam pengurusan rumahtangga.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home