Saturday, February 18, 2006

Pemberian Isteri: SEDEQAH dan PIUTANG

Saudara/Saudari;

Pada zaman sekarang, ramai isteri mempunyai kerjaya, pendapatan dan majikan. Ramai juga suami yang menganggur atau mempunyai pendapatan kecil berbanding pembiayaan sebenar rumahtangga mereka. Olih itu, isteri menampong kekurangan sebagai 'pemberian' secara sukarela iaitu sumbangan yang tidak diminta atau sememangnya diminta suami.

PEMBERIAN ISTERI kini kerap dipertikai ramai isteri selepas mereka dijatuhkan TALAQ olih suami mereka, bercerai talak ke-1 & bercerai talak ke-2 terutama bercerai talak ke-3. Ia mestilah ditakrif semula dan ditadbir sebagai DEPOSIT, PIUTANG dan SEDEQAH. Lalu, wujudlah istilah HARTA SEPENCARIAN NIKAH dan DASAR USAHASAMA SUAMI dengan ISTERI. Malah, KHIDMAT sebagai isteri didalam RUMAHTANGGA perlu dinilai dan dibalas suami dengan suatu MANFAAT(ganjar bertunggak yang dirujuk pada kadar nafkah lazim).

Disebabkan keadaan demikianlah, maka ramai suami fikir bahawa suatu rekod berkait PEMBERIAN ISTERI mestilah diwujud sejak 'minggu pertama kahwin'. Rekod begini dinamakan TABONG RUMAHTANGGA bagi menyelia berbagai 'kutipan' dan 'simpanan' berasaskan PEMBERIAN ISTERI. Hanya melalui TABONG RUMAHTANGGA ini sahaja bolih dibuat berbagai 'bayaran' yang bukan NAFKAH-SUAMI.

Bayaran TABONG RUMAHTANGGA hanya berkait 'pemilikan harta', 'pelaboran saham', 'pengajian waris' dan 'kebajikan warga'. Bagi mengimbang sumbangan/pemberian, suami mestilah turut menyumbang pada TABONG RUMAHTANGGA demi KADAR-KONGSI ASSET.

Apakah saranan/pendapat saudara/saudari berkait PEMBERIAN ISTERI



sila














Posting

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home