Friday, February 17, 2006

Peraturan & Prosidur

Saudara/Saudari;

Peraturan dan prosidur RUMAHTANGGA lazimnya berkait TANGGONGJAWAB yang dipikul suami. Tanggongjawab ini dihurai suami sendiri sebagai punca/fasal dan batas yang diperakui beliau. Tanggongjawab ini dilaksana dengan PENTADBIRAN suami sebagai fungsi. Ia jadi PERATURAN TETAP RUMAHTANGGA(standing order).

Olih sebab, TANGGONGJAWAB suami menyeluruh, maka 'butir tanggongjawab resmi' perlu dinyatakan. Hanya didalam lengkongan tanggongjawab yang diistihar sahaja suami menerima. Selain itu, jadi tanggongjawab isteri secara peribadi.

KUASA

Kuasa seorang suami hanya dirujuk kepada AQAD-NIKAH yang telah diresmikan sahaja. Ia mengandungi tugas, syarat dan nilai terbatas. Antara tugas seorang suami didalam INSTITUSI RUMAHTANGGA ialah memegang amanah, memimpin isteri dan menyedia nafkah.

Sekiranya isteri melanggar, maka suami mestilah bertindak menurut prosidur syariat satu persatu sehingga amanah dikembalikan kepada wali(penjaga waris) iaitu dicerai secara teratur dan terbaik. Suami tidak lah bolih berkeras atau berkasar kepada isteri demi melindung maruah seorang isteri.

FUNGSI

Suami wajar memberi fungsi khusus pada isteri. Lazimnya, fungsi isteri mengurus rumah sebagai tempat-tinggal-isteri dan pusat-tadbir-suami. Ertinya, isteri dicadang suami atau isteri sendiri bercadang jadi pengurus kediaman. Jikalau disetujui suami, pengurusan kediaman terletak pada isteri.

Tetapi, disebabkan hal tertentu seperti kerjaya demi pendapatan dan majikan, isteri mungkin tidak sempat berfungsi sebagai pengurus kediaman. Ini amat perlu dinilai semula dan dirujuk kepada suami.

Antara rujukan isteri adalah mengambil PEMBANTU-RUMAH dari kalangan orangramai sebagai pekerja berbayar, dibayar ELAUN setiap bulan. Pekerja begini sebenarnya ganti isteri. Mereka terdiri wanita terpilih. Mereka ditakrif sebagai TUKANG yang berkhidmat mengikut jadual dan syarat.

Masaalahnya, apabila isteri tiada di rumah padahal suami di rumah. Suami dan pekerja berkenaan pasti lah didapati berkhalwat tanpa diperduli. Demi mengatasi berkhalwat, suami mestilah disaran bernikah dengan pekerja begini. Soalnya, apakah isteri turut setuju.

TELADAN

Suami amat wajar menyedia beberapa TELADAN berlandaskan pentadbiran iaitu berbagai utiliti demi memudah isteri berfungsi. Tidak lah dapat dipastikan bentuk teladan tersebut karena ia berbeza satu sama lain.

Berbagai iktibar mungkin dirujuk seperti jadual, budget, premis dan seumpamanya. Ini amat perlu dikaji sebelum dirumus jadual, misalnya. Suatu jadual resmi mestilah disediakan bagi menggerak isteri dan membangun suasana. Jadual ini tentu lah dimuatkan dengan berbagai acara yang mesti disertai.

Setiap acara begitu pasti lah dibiaya dan suatu budget dirumus. Budget ini mungkin bolih digunakan untuk membeli bekal/bahan dan menyewa radas atau melibatkan elaun kepada buruh yang diambil khusus untuk membantu.

Setiap acara juga pasti mengguna premis terpilih seperti acara kenduri. Jika tiada kawasan lapang sekitar kediaman, suatu premis seperti dewan komuniti dipajak beberapa hari/waktu. Premis ini akan dihadiri tetamu yang telah dijemput mengikut daftar.

TETAMU

Dengan kediaman, ia tak terlepas dari dikunjung pelawat atau ditumpang saudara. Mereka ini tetamu rumahtangga sebenarnya. Suami sebenarnya bolih memilih tetamu dan menawar tempoh jadi tetamu menurut sunnah rasul. Setiap tetamu hanya dibenarkan tumpang selama 3 hari sahaja secara percuma. Selepas itu, tetamu dikenakan bayaran/balasan yang wajib dihulur mereka sebagai manfaat.

ELAUN

Terdapat suami yang membayar elaun kepada waris yang berkhidmat mengikut kerja masing-masing. Bahkan isteri yang bertugas diluar bidang fungsi yang lazim turut dibayar elaun. Ia berasaskan waktu dan hasil.

Disini, saya harap pelawat blog saya ini sudi memberi komen berkait peraturan dan prosidur yang wajar ditambah atau dibaiki agar dirujuk pada suami baru iaitu pengantin dan mempelai.



Sila Komen

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home