Thursday, February 16, 2006

Suami Berkuasa, Isteri Bertugas, RUMAHTANGGA Membangun

Setiap SUAMI itu diberi kuasa olih ALLAHswt melalui AQAD-NIKAH yang diredahi ALLAHswt dan diresmikan dalam suatu MAJLIS KELUARGA. Dengan KUASA yang ada, suami layak dan wajar berfungsi bagi mengatur urusan RUMAHTANGGA agar jadi sebuah institusi. Pertama, suami wajar mempunyai atau menyedia rumah yang akan dihuni isteri.

RUMAH

Bagi menyedia rumah bukanlah mudah seperti cakap, sebut sahaja. Ini tidak mungkin melainkan dibeli dari pemaju perumahan, dipajak dari pemilik rumah atau dibina sendiri. Kalau rumah dibeli dari pemaju perumahan, harga yang ditawar pemaju berkenaan mestilah dibayar secara tunai atau dibayar secara ansur pada tiap bulan. Tetapi, kebanyakan pemaju mahu duit-tunai, maka suatu PINJAMAN terpaksa dimohon dan dicagar dengan pendapatan.

Siapakah pehak yang sedia beri PINJAMAN pada suami jika suami tiada pendapatan tetap sepanjang tahun terutama sepanjang tempoh pinjaman. Pertama, penjamin terdiri sanak-saudara, jiran tetangga atau kawan-taulan yang sefaham dengan suami. Kedua, pengesahan dari majikan yang menyatakan suami ialah pekerja beliau yang dibayar gaji sekian angka tiap bulan.

Jika rumah dipajak sahaja dari pemiliknya, suatu perjanjian resmi dimaterai suami dan deposit dicagar kepada pemilik sebagai pendahuluan berasaskan jumlah sewa-pajak dan bill-tarif beberapa bulan. Selepas itu, pada setiap tarikh yang dijadual pemilik, sewa-pajak keatas rumah berkenaan mestilah dibayar suami kepada pemilik, tidak termasuk bill-tarif yang dibayar terus kepada pembekalnya.

Tetapi, terdapat juga suami yang bina sendiri rumah yang akan dihuni isteri. Suami begini punya kemampuan dan kemahiran kearah pembinaan. Ini amat pasti mengurangkan jumlah belanja yang perlu dibayar/dibiaya.

Dengan wujudnya sebuah rumah/kediaman, maka rumahtangga akan terus berpusat disitu dan disitu juga lah suami yang jadi KETUA RUMAHTANGGA berkuasa. Beliau berkuasa mengatur urusan. Berbagai urusan diatur menurut Sistem Rumahtangga Muslim.

NAFKAH

Ini jadi urusan suami. Setiap suami mestilah menyediakan NAFKAH iaitu bekal/bahan yang akan jadi 'makan-minum-pakai' termasuklah radas sebagai keperluan. Ia mestilah dicari atau dibeli. Kalau dicari, ertinya bekal/bahan tersebut sudah disediakan sebagai milik berasaskan harta suami seperti kebun/kolam dan seumpamanya. Jika dibeli, ertinya bekal/bahan tersebut ada dijual peniaga, cuma pesan dan bayar duit ikut harga yang ditawar mereka disitu.

Sebenarnya, NAFKAH adalah sebahagian dari REZEKI yang telah dianygerah ALLAHswt melalui pekerjaan yang dibuat/perniagaan yang terus dijalan suami. Rezeki ini dibanci kepada bahagian iaitu HARTA, NAFKAH dan SEDEQAH menurut bijaksana suami.

HARTA adalah bahagian rezeki yang disimpan dan dikumpul sebagai cagaran keatas nafkah dan sedeqah seandainya rezeki tidak terus diperolihi seperti lazim pada suatu tempoh mendatang. Ia mungkin 'duit' yang disimpan dalam bank sebagai simpanan atau 'saham' yang dipegang menurut pelaboran didalam syarikat/koperasi. Ini amat wajar dilakukan suami demi kuasa jadi ketua.

Manakala SEDEQAH adalah bahagian rezeki yang akan dihulur sebagai khidmat kepada komuniti dimana semua ANAK dapat belajar ILMU dari berbagai guru maupun juru. Disitu, setiap peserta pasti dikenakan 'yuran' setiap bulan, termasuk 'tambang' mengguna kenderaan yang disediakan pehak tertentu selain 'makan-minum' sepanjang tempoh belajar.

Bahagian sedeqah ini juga turut digunakan untuk menghulur 'derma' kepada pengemis maupun 'cukai' kepada kerajaan termasuklah 'lesen, permit dan seumpamanya. Kesemua itu dalam ketagori sedeqah. Ertinya, sedeqah itu bukan keperluan didalam mengurus/membiaya rumahtangga tetapi amat dekat kepada permintaan umum komuniti.

PETUGAS

Dalam RUMAHTANGGA, khidmat dari petugas turut diatur suami. Siapakah petugas ini. Lazimnya, petugas rumahtangga ialah ISTERI. Beliau memberi KHIDMAT peribadi secara sukarela melalui berbagai pekerjaan didalam kediaman. Dengan khidmat beliau, maka suami senang pergi dan balik tanpa risau apa-apa.

Pada zaman sekarang, khidmat isteri sudah mulai dinilai dengan elaun. Maka elaun begini wajar dirujuk pada bahagian sedeqah dari rezeki yang diperolihi suami. Selain petugas ialah pekerja yang diambil khidmat peribadi mereka sebagai pembantu kepada petugas. Walaupun terdapat anak, semua anak 'malas' berkhidmat karena 'daleh' mereka sendiri.

Kalau isteri dan zuriat turut 'malas' karena daleh masing-masing, maka suami wajar lah jadi petugas rumahtangga demi meneriskan pernikahan dan kebajikan didalam kediaman.

PUSTAKA

Didalam kediaman mestilah diwujud pustaka yang dimuatkan dengan bermacam kazanah bacaan/kajian yang jadi jawab kepada berbagai soalan. Ia mungkin sebuah 'bilik resmi' atau cukup sekadar 'ruang kecil' yang diletak almari/kabinet yang disusun buku, surat, fail dan segala dokumen harian seumpamanya.

Pustaka rumahtangga ini amat elok dilawati selalu, setiap hari walaupun sekadar beberapa jam waktu lapang. Komputer termasuklah internet mestilah dimiliki dan diletak dalam pustaka. Sebenarnya, pada internet itu terdapat banyak maklumat yang bolih dijadikan bahan berfikir atau jadi tajuk interaksi dengan rakan cyber.

PRODUK

Dari berbagai kajian dalam pustaka, berbagai produk bolih diwujudkan suami. Antara produk itu ialah menyedia 'nota ringkas ilmu' dalam bentuk BUKU yang akan dicetak. Buku begini sebenarnya akan diajar kepada semua anak agar jadi elok/soleh atau diedar kepada kedai buku untuk dijual.

Berbagai buku wajar ditulis seperti 'buku recipe khas' atau 'buku fesyen anak'. Ini sebenarnya PROJEK RUMAHTANGGA bagi melatih semua anak berfungsi yang akhinya berdikari sebagai pengusaha keluaran.

MORAL

MORAL mestilah dibina menurut IBADAT setiap MUSLIM. Objektifnya ialah ihsan terhadap ALLAHswt itu wujud dan logik berlandaskan alam sebagai bukti. Setiap orang ahli rumahtangga perlu diasuh dan dilatih agar mereka nampak ALLAHswt itu dengan hati maupun mata mereka berlandaskan segala makluk yang terdapat sekitar mereka.

Kalau itu mereka tidak yakin, mereka perlu dilatih meyakini bahawa ALLAHswt itu lihat dan nampak semua termasuklah kita dan anak/ahli. Kita dan semua ahli terus menerus dilihat dan diperhati ALLAHswt walaupun bersembunyi dalam lubang/tembok yang angkoh benar. Olih itu, kita jujur dan setia.



SEKIAN
buat renungan anda

0 Comments:

Post a Comment

<< Home