Wednesday, February 15, 2006

SUAMI ialah 'pemegang nikah-isteri'

Menurut SUNNAH-RASUL, suami adalah 'penerima' nikah-isteri melalui AQAD-NIKAH dari WALI(wali-mujbir maupun wali-akrab) secara resmi. Apabila suami terima 'nikah', maka nikah itu ialah AMANAH yang dipegang suami. Dengan demikian, suami ialah PEMEGANG AMANAH.

Sebagai PEMEGANG AMANAH, beliau memikul tanggongjawab untuk memelihara 'amanah' menurut 'perjanjian' yang mengandungi kerja, syarat dan harga yang mesti ditunai dengan sempurna.

Apakah 'kerja/tugas' suami. Pertama, suami wajib lah memimpin isteri kearah kebenaran. Kebenaran yang dimaksudkan ialah menjalankan RUKUN ISLAM sebagai aktiviti bagi mencapai objektif RUMAHTANGGA.

Demi menjalankan aktiviti, suami mestilah menyuruh MAKRUF pada isteri termasuklah menganjur, menggalak dan membangun kearah makruf ini. Olih itu, suami mestilah mengajar dan menerang termasuklah menunjuk bagaimana rupa, gaya serta cara. Jadi, suami perlu bercakap atau bertanya pada isteri.

Perkara begini lazimnya dilakukan suami pada 'malam pertama nikah' atau sepanjang minggu uang pertama sebelum berjimak dimulai. Ini amat penting demi membentuk RUMAHTANGGA sebagai institusi.

Selain menyuruh makruf, suami perlu mencegah MUNKAR agar tidak dilakukan isteri. Apakah perkara munkar itu. Antara perkara munkar yang mungkin dilakukan isteri ketika berjimak dimulai seperti 'kulum-pelir-suami' untuk berahi, ghairah dan klimak. Perkara begini nampaknya kecil atau lazim tetapi ia menjurus kepada munkar bahkan maksiat kamudian.
Begitu juga, suami yang mungkin terlalu berahi, 'jilat cipap' isteri.

Kerja ke-2 dibuat suami adalah menyedia nafkah berasaskan rumah, makan-minum-pakai dan elaun sepanjang tempoh pernikahan. Olih itu, suami wajib mencari rezeki melalui pekerjaan maupun perniagaan. Ertinya, suami wajar mengusaha dengan pekerjaan, kerja-sendiri atau kerja majikan. Misalnya, suami jadi petani, nelayan, gembala, pekilang, peniaga atau tukang. Tidak lah wajar suami mengemis sedeqah dari sesiapa juga.

Jika suami menerima nikah dari ramai isteri, maka kerja ke-3 beliau menyelia 'majlis' yang dihadiri semua isteri demi perbincangan, mesyuarat, taklimat atau sembang kearah muafakat RUMAHTANGGA. Ini amat wajib dilakukan bagi mencegah isteri bertelagah sama sendiri disebabkan keliru atau curiga.

Dengan terdapatnya muafakat RUMAHTANGGA, ia jadi pedoman berfungsi/bertindak dengan aktiviti yang dirancang/dicadang dan disetujui ramai isteri.


SEKIAN











Setting

0 Comments:

Post a Comment

<< Home